Assalamualaikum wbt
Seperti yang telah Zarith janjikan dalam artikel semalam <<Top 6 Youth Star Shaklee Diraikan Bagai Puteri>>harini Zarith nak cerita tentang hadiah kami yang seterusnya iaitu penginapan di Hotel Sunway Pyramid.
Sebenarnya untuk Top 6 Youth Star, Shaklee menyediakan tiket penerbangan pergi balik kepada mereka yang tinggal jauh dari centre untuk menghadirkan diri ke National Conference Shaklee yang berlangsung pada 7 July 2018. Atau kalau yang memandu sendiri bersama keluarga tercinta, boleh juga claim mileage dengan Shaklee.
Jom tonton dulu video aktiviti Zarith sekeluarga di sini =)
Memandangkan rumah kami cuma sekangkang kera (10 minit) je dari tempat di mana National Conference akan berlangsung, iaitu di Sunway Pyramid, maka takde la nak naik flight kan. Cuma kami tetap mendapat hadiah penginapan tu =)
Yang bestnya tentang penginapan kami ni, Sunway Pyramid hotel memang sangat dekat dengan tempat National Conference berlangsung. Keluar je dari lift hotel, terus masuk ke shopping mall Sunway Pyramid tu, tak perlu nak keluar bangunan. Dan terus akan berjumpa dengan lift yang membawa kita ke level F untuk pergi ke lift/escalator lain untuk ke tingkat CP3 di mana terletaknya Sunway Pyramid Convention Centre.
Dah lama juga rasanya kami tak berkesempatan untuk bercuti dan menginap di hotel. Kali terakhir masa cuti krismas bulan December 2017 yang lepas, itupun bersama keluarga di resort Sungai Klah Hot Spring. Jadi bila dapat hadiah penginapan di Hotel Sunway Pyramid ni, anak-anaklah yang paling happy sekali bila Zarith bagitau mereka. Zuyyin dan Zayra asyik bertanya bila nak pergi hotel Shaklee =p
Sampai je situ, Zuyyin cakap “macam istana lah ibu” sambil tengok sekeliling. Dan memang nampak mereka happy sangat. Syukur Alhamdulillah.
Kebetulan Birthday Zayra yang ke-4 ni sama dengan tarikh National Conference kalini, iaitu 7 July, maka kami bercadang untuk sambut di hotel sahaja. Kami ajak sekali sepupu Zayra untuk memeriahkan suasana. Petang tu Zuyyin dan Zayra pergi ke swimming pool bersama sepupu tersayang. Memang cantik. Tapi dapat mandi sekejap je sebab ia tutup jam 7 petang, mereka sampai pun dah pukul 6 lebih waktu tu.
Lepas solat Maghrib, kami potong kek dan ada makan-makan sikit sebelum Zarith ke Convention Centre untuk briefing sedikit tentang majlis esok yang bakal bermula pada jam 2.30 petang.
Jadi esoknya, bila nak pergi sarapan yang tempatnya hanya bertentangan dengan swimming pool, Zuyyin dan Zayra yang dah mandi pagi tu request nak mandi lagi, sebab semalam dapat mandi sekejap je. Padahal tak plan pun nak pergi lagi swimming pool, sebab Zarith dan Youth Star yang lain perlu berjumpa sekejap dengan Adibah Noor (Emcee untuk National Conference Shaklee pada tahun ini) untuk sedikit briefing. Mujurlah waktu nak pergi sarapan tu, Zuyyin dan Zayra pakai pyjama je, jadi boleh la suruh mereka terjun terus dalam swimming pool, hehe. Tapi sekejap jela tak boleh lama
Dan sarapan di hotel ada banyak pilihan. Makanan dari timur tengah, india, china, melayu, barat. Semuanya memang sedap-sedap belaka. Puas hati la bak kata orang. Zuyyin dan Zayra pun bukan main happy lagi sebab setiap kali di hotel, kami akan berikan kelonggaran kepada mereka untuk makan cereal yang disediakan bersama susu. Bertambah-tambah la gembira anak-anak ibu =)
Insha Allah kalau ada rezeki, kita akan menginap di sini lagi bila ada National Conference meraikan Zarith sebagai Master Coordinator Shaklee suatu hari nanti =)
Selepas in, Zarith akan kongsikan pula hadiah ke-4 dan ke-5 yang kami terima iaitu:
- Kemunculan geng Top 6 ni di National Conference pada 7 July 2018
- 1 Set Intensive Treatment and Repair Youth
Stay tuned =)
With Luv,
Ibu Zarith
Asyrafiah Sabri says
Wowwwww Kak Zarith! Makanan tu semua breakfast kat Hotel Sunway Pyramid tu ye?
Ibu Zarith says
betul Asy.. semua sarapan je ni..Sedap-sedap semua hehe. Alhamdulillah
Ros says
Wow.. bestnya duduk Hotel Sunway Pyramid.
Ibu Zarith says
Alhamdulillah mmg best kak ros =)
Kakda says
Wahh.. seronoknya Zarith. Anak² pun hepi , makin hepi kita kan.hihi.. anyway congratulations!
Ibu Zarith says
macam tu la kakda.. best sangat! Syukur Alhamdulillah. Thanks ye kakda =)
Suzaini says
Wahhh.. Bestnya.. Tahniah tau Zarith..
Ibu Zarith says
Alhamudlillah thanks ye =)
Sarimah Salleh says
Teringin juga nak dpt free gift mcm ni drpd Shaklee 😁
Ibu Zarith says
Shaklee kalau buat contest hadiah mesti best =)
AyuRosman says
Tahniah IbuZarith! teruskan komitmen, mungkin lepas ni trip ke oversea pula. Shaklee macam2 ada 🙂