Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

December 16, 2015 by Ibu Zarith

6 Keadaan Mengerikan Yang Berlaku Sebaik Selepas Melahirkan Anak

Assalamualaikum

Sebaik sahaja berhempas pulas melahirkan anak dalam bilik bersalin, semua kesakitan dirasakan hilang begitu sahaja selepas menatap wajah si comel. Namun, kesakitan mula terasa selepas kita ditolak ke dalam ward biasa. Dah kembali ke alam nyata kononya hehe.

Mana taknya, kita baru sahaja melahirkan seorang baby yang beratnya 3 kg lebih, dan kalau bernasib baik 2 kg lebih sahaja. Mesti akan berasa tidak selesa di bawah sana dan sedikit kesakitan akibat luka.

Macam Mama Deeja ni, amalan yang dilakukan semasa berpantang membantunya untuk tidak sembelit dan tidak seperti berpantang anak pertama dulu. Jom kita lihat perkongsian beliau:

Keadaan Yang Berlaku Sebaik Selepas Melahirkan Bayi:

  1. Jahitan vagina atau koyakan vagina
    • kelahiran secara normal memang menyakitkan bahagian yang sensitif. Pek ais dapat melegakan kesakitan anda dan selepas 24 jam anda boleh cebuk menggunakan air suam yang dibancuh sedikit garam.
    • Sentiasa biarkan vagina anda kering dan baring apabila ada peluang untuk memastikan tiada tekanan pada kawasan tersebut
    • Senaman kegel akan meningkatkan aliran darah di kawasan vagina dan memberikan kelegaan
    • Boleh rujuk artikel Zarith “ 7 Tips Luka Jahitan Selepas Bersalin Cepat Sembuh“
  2. Pendarahan (lochia)
    • Jika ini adalah pengalaman pertama anda melahirkan anak, mungkin anda akan terkejut dengan pendarahan yang terjadi.
    • Pakailah pad yang disediakan doleh pihak hospital, dan selalunya sebaik sahaja selepas ‘dijahit’, mereka akan terus pakaikan. Zarith pula lebih selesa menggunakan cloth pad yang lebih lembut dan terjamin tahap kebersihannya =)
    • Jangan menggunakan tampon atau kapas walaupun peredaran darah anda bergerak perlahan. Selepas beberapa hari, darah merah yang terang akan berkurang dan akhirnya bertukar menjadi warna putih atau kuning sperti lelehan sebelum ia berhenti sepenuhnya.
    • Lochia akan berhenti pada minggu kedua hingga keenam.
  3. Buasir
    • Benar, ianya sangat memalukan, namun buasir adalah biasa terjadi kepada wanita selepas bersalin. Tapi ada juga yang bernasib baik dan tidak mengalaminya =)
    • Buasir boleh terjadi dalam pelbagai saiz daripada sebesar kismis sehinggalah sebesar anggur dan ianya boleh menjadi gatal ataupun kesakitan yang amat sangat.
    • Cuba elakkan diri anda dari berdiri atau duduk terlalu lama dan cubalah elakkan diri anda dari sembelit kerana ianya akan lebih mengerikan.
  4. Kesakitan perinal
    • Selepas proses melahirkan, vagina anda akan bengkak dan sangat sakit bila disentuh setelah mengalami trauma semasa proses kelahiran.
    • Tips biasa adalah dengan meletakkan pek ais pada 24 jam pertama selepas kelahiran untuk mengurangkan bengkak dan membantu melegakan kesakitan
    • Elakkan menyentuh kawasan tersebut dan jangan mengelap menggunakan tisu tandas.
  5. Sembelit
    • Sembelit adalah perkara yang menjadi mimpi ngeri ibu selepas melahirkan bayi. Ini berlaku kerana badan kita telah kehilangan banyak air semasa proses melahirkan itu sendiri.
    • Pastikan anda mengambil air yang cukup semasa dalam pantang dan makan buah-buahan berserat tinggi.
    • Anda boleh juga merujuk artikel Zarith “7 Tips mengatasi Sembelit Bagi Ibu Hamil Dan Berpantang Agar Tidak Buasir“
  6. Selepas kesakitan
    • Pernah tak rasa perut sakit sangat bila dah balik rumah tu, terutamanya semasa susukan baby. Ya Allah, rasanya macam nak bersalin sekali lagi.
    • Ini kerana uterus kita sekarang sedang berkontraksi semula untuk kembali ke saiz asalnya.
    • Uterus kita akan mengecut serta merta dan perlu kembali semula kepada keadaan saiz pra kehamilan selama lebih kurang 4 minggu.

Adalah sangat penting bagi kita yang telah selamat melahirkan ini mendapat kesembuhan yang menyeluruh. Bukan baby je perlukan kelegaan, tetapi minda dan semangat kita juga perlu disembuhkan juga. Boleh baca artikel Zarith “11 Tips Tangani Kemurungan Selepas Bersalin Agar Tidak Meroyan“

Kita perlu mendapatkan rehat yang mencukupi, makanan dan minuman yang berkhasiat dan terus mengambil Vitamin pranatal. Sokongan padu dari suami dan orang disekeliling juga adalah sangat diperlukan. Kita berhak mendapat yang terbaik selepas membawa anak 40 minggu dalam kandungan, dan berhempas pulas pula dalam bilik bersalin. Kini perjuangan sebagai ibu yang menyusukan bayi juga telah bermula.

Oh ya, dapatkan Set Berpantang Premium yang membantu luka kita cepat sembuh, tiada masalah sembelit dan buasir, badan seram sejuk, dan masalah susu tak mencukupi pun tiada. Yang paling best tentang Set Berpantang Premium ni, tiada masalah kalau baby ada masalah jaundice. Boleh dimakan sebaik sahaja selepas keluar bilik bersalin =)

Hubungi Zarith 013-7510028 untuk mendaftar menjadi ahli dan mendapatkan penjimatan berganda =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    December 17, 2015 at 07:49

    Kak Ros paling takut bab sembelit. Tak nak dah rasa.
    Jom tinggal jejak kat sini =)My Profile

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 17, 2015 at 11:05

      Kan kak ros..scaryyy huhu

      Reply
  2. Zaleha Awaluddin says

    December 18, 2015 at 06:43

    aduhai.. pengalaman luka perineum dijahit hidup-hidup tu masih terngiang-ngiang kot walaupun dah 2 tahun lebih ia berlalu…sobs..sobss…
    Jom tinggal jejak kat sini =)My Profile

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 18, 2015 at 07:04

      Aiyakk..pengsan..hehe

      Reply
  3. Siti Yang Menaip says

    December 20, 2015 at 09:29

    adeh kak.. seram sejuk baca =O haaaa.. huurm..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 6, 2016 at 17:29

      Hahaa..semua ibu akan mengalaminya CT syg =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Ibu Zarith

Ibu Zarith

A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

Shaklee Online Shopping

Shaklee Online Shopping

advertisement

advertisement
  • 
  • 
  • 
  • 

Dapatkan Cloth Pad/ Pantyliner Anda Sekarang!

Dapatkan Cloth Pad/ Pantyliner Anda Sekarang!

Hubungi Zarith Sofia 013-7510028

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Pengunjung sejak 14 January 2015. TQ!! Sila Datang lagi =)

  • User Online: 1
  • Today Visit: 827
  • Total Visit: 9,418,958

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design