Assalamualaikum
Niat dihati pada mulanya nak beli je flashcard ni. Tapi memandangkan penat dah tawaf beberapa buah kedai buku yang popular dan tak jumpa yang berkenan dihati, maka ibu membuat keputusan untuk buat je sendiri.
Sebenarnya taklah susah mana. Lagipun boleh buat sebagai salah satu aktiviti yang sangat menarik untuk anak-anak kita. Cumanya agak mencabar lah bila nak buat dengan dua puteri solehah ni=)
Zuyyin dah tampal, tiba-tiba Zayra koyakkan. Tak ke pening kepala ibu, hehe. Tapi takpe, yang penting Zuyyin dan Zayra happy.
Apa yang perlu ada hanyalah:
- Kertas
- Printer (kalau rajin boleh tulis sendiri)
- Gam kertas
- Gunting
- Kertas keras (Zarith pakai je kertas recycle document poslaju tu)
Aktiviti ini dapat menajamkan skill motor Zuyyin. Yes, dah sah anak ibu kidal. Dah latih macam mana pun tetap tukar tangan yang tu juga. Takpe la, bak kata Dr. Fadzillah Kamsah haritu kat TV, takde masalah, asalkan perkara yang Sunnah seperti bersalaman dan makan tu gunakan tangan kanan. Fuh, lega mendengarnya.
Selain itu, dapat juga menajamkan skill Zayra untuk berebut dengan Zuyyin =p
Masa buat ni minggu lepas, Zuyyin berusia 3 tahun 3 bulan dan Zayra pula 1 tahun 2 bulan. Lepas ni boleh buat macam-macam lagi. Dalam proses nak ajar Zuyyin membaca =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Eva Heart says
Bestnya, boleh buat dengan anak-anak.tp takut pula suruh pegang gunting.hehe
Ibu Zarith says
Kalau takut boleh mami yg pegangkan hihi
Ros says
seronoknya tengok 2 beradik ni.
Maryam pun suka kacau apa abang Luqman dia buat. Nasib abang dia penyabar. 🙂
Ibu Zarith says
Luqman memang penyabar sgt kalau mcm tu ehehe
nida says
Wah.. memang laju ja tangan anak anak klu ada aktiviti d rumah kan..
Comel bajuuuu.. hehe
Ibu Zarith says
Baju sedondon hehe.. Haruslah laju nid, eksaited tengok permainan baru setiap hari huhu
Ashley says
Two beautiful kids. Thanks for sharing your experiences along with the nice photographs of your children showing their homeschooling days. Awesome work.
Ibu Zarith says
Thanks =)