Assalamualaikum
Setiap orang tidak sama tindakan badannya terhadap sesuatu jenis makanan. Zarith makan semua jenis makanan, dan sangat suka untuk mencuba makanan yang baru. Namun, apabila dalam pantang selepas melahirkan anak, ada juga sesetengah makanan yang cuba Zarith elakkan. Antaranya adalah makanan yang akan membuatkan baby kembung dan yang akan menyebabkan gatal-gatal. Yang lain Zarith makan seperti biasa.
Ibu ini juga mengalami masalah semasa berpantang anak yang pertama. Akibat pemakanan yang tidak betul, ibu mengalami sembelit dan seram sejuk. Tapi berbeza apabila berpantang anak kedua. Mari tengok perkongsian satu minit yang mungkin akan mengubah tempoh berpantang ibu-ibu:
Kesemua makanan yang disenaraikan hanyalah sebagai garis panduan kepada ibu yang berpantang, namun semuanya bergantung kepada badan masing-masing. Ada yang kata tidak boleh makan ayam kerana takut luka jahitan gatal, tapi bila Zarith makan, tiada masalah. Yang penting cuba sedikit dahulu dan tengok kesannya kepada badan kita. Sekiranya menimbulkan alahan, ini bermakna badan kita tidak sesuai, maka jangan diteruskan, dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan baby.
Ikan yang perlu dielakkan:
- Ikan Keli & Sembilang
- Ikan Patin
- Ikan Pari
- Ikan Duri
- Ikan Cencaru
- Ikan Kembung
- Ikan Tongkol
- Ikan Bawal Hitam
- Ikan Terubuk
- Ikan Parang
Ikan yang mengandungi bisa dilarang ibu berpantang mengambilnya kerana ia boleh menyebabkan ibu mengalami turun darah dan bentan.
Sayur yang perlu dielakkan:
- Timun
- Brokoli
- Kubis
- Terung
- Sayur keladi
- Petola
- Kangkung
- Bayam
- Pucuk Ubi
- Pucuk Paku
Mengambil sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu dan baby kembung serta sakit-sakit badan.
Buah yang perlu dielakkan:
- Nenas
- Tembikai susu/merah.
- Epal hijau
- Pisang
- Cempedak
- Nangka
- Manggis
- Langsat
- Betik
- Ciku
Ada sesetengah buah-buah ini bersifat sejuk dan tidak sesuai diambil oleh ibu berpantang.
Memang banyak pantang larang semasa berpantang, termasuklah dari segi pemakanan kan? Dari sinilah bermulanya kekurangan nutrisi dan makanan yang seimbang, sedangkan semasa dalam pantanglah kita kena dapatkan semua nutrisi tu untuk kembalikan kesihatan badan kita yang sangat merudum serta untuk menyusukan permata hati kita. Bayangkanlah dah 9 bulan kita berkongsi nutrisi dengan baby dalam perut, kemudian kehilangan banyak darah semasa bersalin lagi, badan sangat keletihan sebenarnya.
Jadi ibu jangan abaikan kesihatan semasa dalam pantang ye. Pastikan ibu mengambil Set Bersalin Terbaik yang bukan sahaja mengembalikan kesihatan optimum ibu dengan mengisi kekosongan gizi makanan, mengelakkan sembelit juga mempercepatkan luka sembuh. Malah membanyakkan susu dan menguatkan imun sistem ibu dan baby agar tidak mudah sakit terutamanya apabila orang kerap bertandang untuk melawat baby kita.
Jika anda sedang alami sembelit, seram sejuk dan sakit badan semasa dalam pantang, sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar kecergasan dan kesihatan anda seperti sebelum hamil dapat dikembalikan walaupun sudah beranak pinak.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Ikhwan Fahmi says
nanti bila isteri saya berpantang, boleh saya gunakan senarai ini untuk buat rujukan.
Ibu Zarith says
Boleh ikhwan =)
Dr Fattah says
boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang bakal berpantang.
Ibu Zarith says
Inshaa Allah.. Semoga bermanfaat =)
Najihah Abdul Mutalib says
Mak akak bg je makan ikan kembung waktu pantang..yg lain2 mmg xmkn lah..mak akak tu mmg kuat pantangnya. Tp kdg2 mmg x sama pantang org tua2 ni..
Ibu Zarith says
Aah kak, lain2 kadang orang tua ni. Tapi ibu dan mama (mak mertua) dua2 tak bagi makan ikan kembung, takut gatal. Tapi ibu pesan, kalau nak makan, boleh, jamah dulu sikit, kalau xde apa, baru makan macam biasa, sebab lain orang lain allergic dia kan
abdil says
rujukan yg bagus, saya mau coba hehe
Ibu Zarith says
hehe..silakan =)
Faiz says
usaha murni berpantang secara sihat, bedabedu
Ibu Zarith says
Badan nak pakai lama =)
azie says
Assalam.. Alhamdulillah blh dijadikan rujukan bila berpantang nnti.. al maklumlah jauh dri org tua… berpantang sendiri..☺☺
Ibu Zarith says
Wsalam..selamat berpantang ye azie =)
bella says
kak klau tmakan ikn duri dlm pntag mcm mna ya tp kguguran dlm kndgn 6mggu
Ibu Zarith says
Dah termakan tak boleh nak buat ape la..huhu..kalau boleh lepas ni elakkan ye
farah idrus says
Assalamualaikum..sya tgh berpantang lahir anak kedua kaedah czer. Mmg berpantang d umah mak ni kiranya byk la makanan xleh mkn trmasuk ikan kembung. Pnah try mkn skit pn dh gatal2. Tambh2 czer plk..kna control dgn mak smpaikan sya alami masalah smbelit dgn agak kurg tenaga. So..suami belikan susu oat utk pulihkan tenaga dan tambahkan susu badan utk baby. Alhamdulillah hari dh 23hr berpantang sya dan baby dh makin sihat.
Ibu Zarith says
Wsalam wbt. Betul, memang kena cuba sedikit dulu, kalau berlaku alahan, lepas tu dh tau badan kita tak sesuai yang mana. Rata-rata orang yang berpantang mengalami sembelit akibat kurangnya air dan fiber dalam badan.
Alhamdulillah puan, semoga dapat lalui hari berpantang dengan gembira 😉
Laika says
Assalamualaikum….sy nak tanya…kenapa sayur bayam tak blh mkn ye masa berpantang
Ibu Zarith says
Wsalam wbt. laika.
Orang tua kata bayam tu sejuk, dikhuatiri bentan dan bengkak susu. Tapi apa pun, ia bergantung pada badan individu tersebut. Ada yang makan ok, dan ada yang tidak. Yang penting cuba dulu sedikit =)
sha says
Ibuzarith saya nak tanya sikit .umur saya baru 22 tahun dah punya anak sorang ..anak sya berusia 9 bulan lebih lah .ni sebenarnya saya sakit .tak tahu lah ..rsa macm meruyan pulak ..sejk jer satu bdan .memg sejk ..saya urat badn saya guna minyak meruyan .dah tu ilang rsa sejk ..bila dtg nya malam saya sejk lagi ..lepas tu urt sya gna mnyak mruyan lagi alhamdullh redha siht ..bila malam dtg sejuk lagi ..sejuk tu memg skt ..sampai tulang2 saya tersa ..kalau blh sya nk tahu macm mana nk hatasi maslh ni .tolong saya …
Ibu Zarith says
Hi Sha,
mengikut pemahaman Zarith, “meruyan” yang Sha maksudkan adalah bentan ye? badan seram sejuk macam tu. Sha ada buat kerja berat ke masa berpantang dulu? Sha pernah dapatkan khidmat tukang urut tak semasa dan selepas berpantang? Sha boleh amalkan pengambilan supplement lengkap untuk memanaskan badan dan menjadikan badan bertenaga balik. Boleh juga dapatkan khidmat tukang urut sekali sekala. Semoga ianya dapat membantu =)
Linda says
Saya nak tanya ikan parang memang tkleh makan aee,sbb saya selama berpantang itula lauknye ari2,huhu,sawi bole makan are
Ibu Zarith says
Hi Linda,
Makanan yang ada dalam senarai ni secara umumnya. Tapi tak semua orang sama. Ada yang makan ayam ok je, ada yang gatal-gatal. Jadi, untuk selamat, kita cuba ambil sedikit dulu. Sekiranya tak rasa sakit/gatal/sejuk, maksudnya sesuai dengan diri kita. Kita boleh teruskan ambil. Kalau rasa tak selesa selepas pengambilan tu, boleh berhenti dan makan makanan lain.
Lily Pataya says
Assalam ibu zarith
saya baru 2 mngu melahirkan ank yg ke.7…alhamdulillah kali ni sy sgt sng melahirkan tanpa rs sakit yang melampau..kelahiran ini cepat 2 mngu dr due date..cuma masalah sy…sy kurang susu badan..dh mcm2 sy mkn…org kata mkn sawi sy mkn…tp ttp tk bnyk gak…sy nk.petua bnykkn susu bdn dr ibu zarith boleh tak.
Ibu Zarith says
Wsalam lily.
ALhamdulillah tahniah selamat melahirkan =)
boleh baca di sini ye:
https://www.ibuzarith.com/2015/02/pemilihan-penggalak-susu-ibu-bukan-mudah.html
Izat says
Kalau termakan sedikit ikan keli…ada ape2 masalah x…sebab sy baru dpt tau info psl ni…
Ibu Zarith says
Lain orang lain badannya. Ada orang alah dengan ayam, ada yang ok. Jadi kalau puan dah termakan dan takde kesan apa-apa, mungkin takde masalah bagi puan. Cuma kalau boleh lepas ni elakkan makan ikan keli ye. Ia dalam kategori ikan berbiasa yang tak berapa elok untuk kesihatan kita =)
Ibu resah says
Salam… nak tanya.. ikan bujuk bisa x kalau dimakan utk bpantang ceaser? Citenye ms tu sy bru hari ke 5 pantang. Petang tu sy makan ikan haruan + ikan bujuk. tba2 mlm tu terus naik bengkak besar tmpt ceaser sy.. smp kena refer hosp besar. dh hmpir nk kena buka smula jahitan sb mereka takut kena bacteria infection. Tp mujur bengkak x mbesar. So dortor decided x jadi bka jahitan. Smp skrg sy tertanya2 bengkak y jdi kt sy ni sbb sy termakan ikan bujuk ke mcmne ye.. sy rs bkn bgkak sb pendarahan.. tp sb mcm allergik ikan je.. hmm any idea? klu ada, share n sy ye. Tqqqq
Ibu Zarith says
Maaf ye puan, saya tak pasti apa itu ikan bujuk
yanie says
salam..sy nk tnya sikit…minggu lepas sy operate hamil luar rahim..dan skrng msh dlm pantang…dlm 2 hri ini sy mengalami sesak nafas…smpai tidur pon x selesa…knp ye…sbb sebelom ni ok je…trm ksh
Ibu Zarith says
Wsalam puan yanie,
maaf ye saya tak pasti mengapa. Puan perlu dapatkan pemeriksaan lanjut di hospital untuk kenalpasti sebabnya dan dapat merawatnya selepas itu
mira says
Assalam..sy baru nk masuk minggu ke 4 DLM berpantang blh tak makan ayam panggang berempah..tapi baby kerap kembong Perot..ada apa2 petua tak blh share
Ibu Zarith says
Wsalam wbt puan, boleh amalkan urutan bayi kembung =)
Lah says
Saya nie baru je lepas keguguran boleh ke sy mkn ayam? Badan sy nie asyik sakit d tulang punggung dan ada rasa sakit sikit dirahim. Tapi kadang kadang ok. Rahim n sakit belakang sy ok semasa keluar darah baru rasa ok
Ibu Zarith says
Makanan semua bergantung pada diri masing-masing. Puan kene cuba sedikit untuk tahu. Lain orang lain kesannya
mama_aisyah says
assalam..sy nk tny ..mmg kobis xleh mkn ke?..sb sy pntang umh mntua so dia ckp blh mkn..bila sy pntang umh sndri jiran ckp xleh..mak dh xad so bpndu pada jiran jelh pnatng nie..ikn blis blh mkn ke?..ad stgh org org xleh mkn sb gatal..
Ibu Zarith says
Wsalam wbt. Ada yang berpendapat kobis berangin dan boleh sebabkan baby kembung. Apa pun, setiap orang lain reaksi badan terhadap sesuatu makanan. Ada orang tak boleh makan, tapi kita makan ok je takde masalah. Cuba tapi dalam kuantiti yang sedikit dahulu
Roslena Mokhtar says
Asalam
Berminat nak tahu lebih details utk banyakkan air susu .
Saya bersalun dah 40 hari air susu kurang apa payut saya buat
Ibu Zarith says
Boleh Whatsapp saya ya puan, 013-7510028 Zarith